ALANGKAH INDAHNYA IMPIAN INI....
"Ustaz, saya bercita-cita nak hafal al-Quran 30 juzuk. Bagaimana cara saya nak hafal ya?"
"Ustaz, Mak Cik teringin sangat nak hafal surah Waqiah, Ar-Rahman, Al-Mulk, al-Kahfi sebelum Mak Cik meninggal"
"Ustaz, Saya nak sangat anak saya ni jadi 'al-Hafiz'. Apa persediaan yang perlu saya buat sekarang ya?"
Anda pernah mendengar kata-kata tadi, bukan?
Atau mungkin anda juga pernah menuturkan kata-kata tersebut.
Alhamdulillah! Hari ini semakin ramai orang berminat untuk menghafal al-Quran. Anak remaja, orang dewasa mahu pun warga tua.
Namun...
TAHUKAH ANDA?
Terdapat 3 Masalah Utama Bagi Mereka Yang Mahu Menghafaz Al-Quran
01. Dibelenggu mindset yang salah
02. Tidak ada matlamat yang jelas
03. Tidak tahu teknik yang betul
Mulalah terbit skrip-skrip negatif, “Hafaz al-Quran susah laahh”, “Mustahil saya dapat hafaz”, “Otak saya dah berkarat” dan macam-macam lagi.
Kesannya, sampai sekarang masih belum mula menghafaz.
Kurang bermotivasi untuk menghafaz. Hari-hari yang bersemangat pun boleh bilang dengan jari.
Ada yang dah bertahun menghafaz, tapi belum khatam-khatam.
Sewaktu menghafaz, minda ke laut. Payah betul nak fokus.
Ambil masa yang lama untuk hafaz 1 muka surat. Berjam-jam duduk hafaz, tapi nak dapat satu muka pun payah.
Ayat yang dihafaz pula cepat hilang, sebab tak tahu strategi murajaah yang betul.
Ada pula yang dah 'give-up' untuk menghafaz. Mulalah bercadang nak berhenti.
NAK TAK ANDA?
01.
02.
03.
04.
Pernah tak anda mendengar kisah 'luar biasa' ini?
Ya! Langkah Pertama Yang Anda Boleh Buat Untuk Tingkatkan Prestasi Hafazan Ialah…
KUASAI TERLEBIH DAHULU
TEKNIK HAFAZAN
neurotahfiz.
MEMPERKENALKAN...
Buku ini merupakan panduan langkah demi langkah yang mudah, untuk mereka yang baru hendak memulakan menghafaz al-Quran atau mereka yang sedang menghafaz.
Teknik-teknik yang dikongsikan dalam buku ini, mudah, praktikal, berimpak dan terbukti. Digarap daripada teknik- teknik hafazan al-Quran tradisional dan "tools-tools" Neuro-Linguistic Programmming atau NLP.
Teknik-teknik yang diterapkan oleh penulis dalam kelas hafazan al-Quran di sekolah beliau. Juga dalam seminar-seminar teknik hafazan al-Quran yang dikendalikan oleh beliau.
APA BEZA BUKU INI DENGAN YANG LAIN?
01.
FORMULA DIJELASKAN LANGKAH DEMI LANGKAH
Teknik-teknik hafazan dalam buku ini disusun "Langkah Demi Langkah". Anda hanya perlu membaca ikut urutan. Langkah awal hingga akhir. Insya-Allah anda akan memperolehi hasil yang lebih maksima.
02.
MENGGUNAKAN BAHASA SANTAI YANG MUDAH DIFAHAMI
Penulis gunakan bahasa yang biasa kita gunakan. Mudah dan santai. Anda baca buku ini akan rasa seolah-olah penulis sedang bercakap dengan anda. Tiada istilah pelik-pelik dan susah nak faham.
03.
TEKNIK-TEKNIK NEURO- LINGUISTIC PROGRAMMING
Teknik-teknik dalam buku ini adalah hasil garapan kajian tentang minda manusia. Beberapa "tools ampuh" NLP diserapkan. Antaranya, Well Formed Outcome, VAK, Meta Yes, Meta No, Eye Accessing Cues, Timeline dan lain-lain.
04.
AKTIVITI LATIHAN SEBAGAI PENGUKUHAN
Setiap langkah diselitkan dengan aktiviti supaya anda dapat terus mempraktikkan ilmu yang dipelajari.
SIAPA PENULIS BUKU INI?
Mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) dari Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2010 dan Ijazah Sarjana Usuluddin dari UNISHAMS kedah pada tahun 2014 serta Diploma Pendidikan UUM.
Beliau menghafaz al-quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ikhlas, Bachok, Kelantan serta memiliki sanad hafazan al-Quran riwayat Asim. Kini bertugas sebagai guru Tahfiz Al-Quran di Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim.
Beliau merupakan Certified NLP Practitioner, Certified NLP For Teacher, Certified LAB Profiling dan Certified Framing Reframing daripada Akademi NLP Malaysia, Shah Alam. Selain ini beliau turut ditauliahkan sebagai "NLP Coach" oleh badan berkenaan.
Bukan sahaja aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid dan surau-suarau, beliau juga turut dijemput mengendalikan program-program motivasi dan teknik belajar di sekolah-sekolah.
APA TUJUAN BUKU INI DITULIS?
Buku ini ditulis untuk menyedarkan pembaca bahawa:
Mereka memiliki keupayaan otak yang amat luar biasa.
Semua orang boleh menghafaz al-Quran.
Menghafaz al-Quran itu mudah.
Membantu anda menjadi ‘HAFIZ AL-QURAN’ dalam 30 bulan.
APA YANG DIAJAR DALAM BUKU INI?
Buku ini bakal mendedahkan kepada anda rahsia mudah dan cepat menghafaz al Quran dalam 7 langkah.
P . O . W . E . R . S . S
Anda akan disedahkan tentang "Halangan Minda" yang selama ini membantut usaha menghafaz al-Quran dengan sempurna. Turut dikongsikan dalam langkah ini, 2 teknik memusnahkan "Halangan Minda" serta 4 tips membina keyakinan diri yang positif.
Matlamat yang jelas adalah pemacu kejayaan menghafaz al-Quran. Dalam langkah ini, anda akan didedahkan kepentingan menetapkan matlamat dan sasaran serta membuat keputusan yang jitu. Tiga 'tools' ampuh turut dikongsikan demi memastikan impian anda sebagai 'hafiz al-Quran' menjadi satu kenyataan.
Kejayaan menghafaz al-Quran tidak akan terhasil jika anda tidak menemui BIG WHY atau "sebab yang kuat" kenapa anda perlu mencapainya. Dalam langkah ini akan dikongsikan dengan anda 3 panduan menggandakan kemahuan, keterujaan dan kerinduan untuk menghafaz al-Quran sehingga kemahuan anda menjadi satu kemestian.
Proses menghafaz akan menjadi lebih pantas apabila anda berada dalam 'mood turbo' dan 'genius state'. Dalam langkah ini, anda akan mempelajari beberapa teknik ampuh untuk mengendalikan minda, emosi dn tubuh agar berada atas landasan terbaik semas menghafaz al-Quran. Antara yang dikongsikan ialah teknik 'State-Management', pernafazan mendalam dan teknik 'Step-In Step Out'.
Membayangkan Hasil
Visualisasi ialah antara rahsia kejayaan orang-orang hebat yang tidak diketahui ramai. Apabila diterapkan ia mampu membakar semangat, menyalakan kerinduan dan melicinkan tindakan. Soalnya, bagaimana caranya? Bilakah waktunya? Apakah yang perlu divisualisasi?. Ya, anda tentu akan semakin teruja apabila menelusuri pembacaan dalam langkah kelima buku ini.
Topik ini mungkin yang dinanti-nanti oleh pembaca. Bagaimana cara menghafaz al-Quran? Dalam langkah keenam ini, pembaca disajikan dengan 13 teknik hafazan terkini yang jarang ditemui. Antaranya, teknik kue mata, teknik posisi mushaf, teknik pernafasan mendalam, teknik pemanasan otak, 7 langkah teknik hafazan NEUROTAHFIZ, 8 mekanisme sesi hafazan dan lain-lain.
“Jika anda gagal merancang, sebenarnya anda telah merancang kegagalan”. Inilah antara kata bijak pandai. Ya, setelah anda memutuskan untuk menghafaz al-Quran dan telah tahu teknik-teknik hafazan, makan susunlah strategi tindakan. Dalam langkah ini, anda akan didedahkan dengan 7 strategi tindakan untuk mencapai impian.
BUKU INI SESUAI UNTUK SIAPA?
Buku 7 LANGKAH ini sesuai dimiliki oleh anda, jika anda:
01.
NAK TUKAR IMPIAN
JADI KENYATAAN.
02.
NAK HAFAZ SURAH PILIHAN
TAPI TAK TAHU CARA.
03.
MAHU GANDAKAN MOTIVASI
MENGHAFAZ AL-QURAN
04.
PELAJAR YANG NAK LONJAKKAN
PRESTASI HAFAZAN MENJADI
LUAR BIASA.
05.
IBU BAPA YANG ADA ANAK
DI SEKOLAH TAHFIZ.
HADIAHKAN BUKU INI
UNTUK MEREKA.
06.
GURU TAHFIZ YANG NAK TAHU
TEKNIK HAFAZAN TERKINI DAN NAK BERI MOTIVASI KEPADA PELAJAR.
APA KATA MEREKA?
Ini antara sedutan ucapan pengantar dalam buku ini daripada dua tokoh hebat. Juga komentar daripada guru-guru tahfiz al-Quran yang telah membuat pembacaan awal terhadap buku ini.
“Saya telah meneliti sepintas lalu buku “7 LANGKAH MUDAHNYA HAFAZ AL-QURAN” karangan Ustaz Shauqi Ibrahim yang sangat baik ini. Buku ini bukan sekadar menambah koleksi buku-buku agama di pasaran, tetapi lebih jauh daripada itu. Buku ini amat bermanfaat kepada ‘Huffazul Quran’ yang sedang mencari-cari kaedah yang berkesan, serta memudahkan mereka menghafaz dan seterusnya dapat membantu mereka memelihara al-Quran sepanjang hayat”
TUAN SYEIKH KADRI BIN ABDUL HAMID
Pengarah Institut Al-Quran Darulaman (IQDAR)
“Buku ini mempamerkan kesungguhan dan daya usaha penulis yang tinggi untuk mengaplikasikan NLP yang dipelajarinya dengan kepakarannya sebagai seorang guru Tahfiz al-Quran. Gabungan kedua kemahiran dan kepakaran ini menjadi rahsia resepi mantap kepada pendekatan pembelajaran yang dibawa. Ianya menjadi olahan pembelajaran al-Quran dengan 7 langkah yang diutarakan sebagai panduan untuk menjadi lebih mudah”
TUAN HAJI MD TAIB MAT
Pengasas Akademi NLP Malaysia
“…Buku ini wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menghafaz al-Quran. Kombinasi hebat antara teknik hafazan tradisional yang diwarisi zaman-berzaman dan teknik NLP yang bakal membuka minda pembaca betapa mudahnya menghafaz al-Quran…”
USTAZ MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HASHIM
Penyelia Tahfiz, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman
“….Buku yang penuh dengan tenaga dan aura positif. Memberikan semangat untuk pecinta al-Quran. Sangat sesuai bagi yang baru bermula mahupun mereka yang ingin memantapkan lagi hafazan. Ditulis dengan bahasa yang penuh inspirasi kepada pembaca dengan kaedah menarik dan teknik NLP yang mudah dipraktikkan…”
USTAZAH NOR ADILAH BT NORDIN
Guru Tahfiz TMUA, SMKA Kedah
TESTIMONI
Maklum Balas Daripada Pembaca Yang Telah Memiliki Buku Ini. Juga Peserta Seminar Mudahnya Hafaz AL-Quran Yang Pernah Dikendalikan Oleh Penulis Sendiri.
“Alhamdulillah, saya rasa seronok menghafaz sebab rasa cepat nak ingat daripada sebelum ini. Kalau sebelum ini 1 muka surat ambil masa 45 minit. Tapi sekarang dapat hafaz selama 15 minit 1 muka surat”
Pelajar tahfiz Akademi Al-Khayr Usia 10 Tahun
“Banyak perubahan yang berlaku selepas saya mengikuti seminar ini. Bersemangat semula untuk menghafal Quran. Rasa lebih lapang apabila menghafal. Masa yang diambil untuk menghafal lebih singkat. Kelancaran semakin meningkat. Rasa menghafal Quran ini lebih mudah”
Pelajar TMUA SMKA ARAU
"Bagus buku ustaz ni. Susunan bab, isi, penyampaian, teknik. Baru baca separuh, tapi rasa buku ini perlu diiliki semua. Tak ramai yang gabungkan genre motivasi dan teknik hafal Quran. Dan ilmu kaedah hafal Quran ni tak banyak dijual di pasaran. Tahniah Ustaz!
Pendakwah bebas / Pengajar Bahasa Arab Akademi Tursina
“Alhamdulillah. Tahniah Ustaz Shauqi Ibrahim. Buku ini sangat mudah difahami dan diaplikasi ilmunya. Sangat sesuai untuk ibu bapa untuk membimbing anak-anak dan juga sesiapa sahaja yang berminat menghafaz al-Quran secara sistematik dan saintifik. Saya cadangkan Ustaz merangka modul latihan interaktif berdasarkan buku bestseller ini.
Master Trainer Brain-Based Accelerated Learning
BERAPA HARGA BUKU INI?
Harga buku ini bagi edisi cetakan KEDUA adalah
Ya, anda hanya perlu membayar RM38 sahaja untuk memiliki buku yang unik ini. Tapi harga ini tidak termasuk kos postage tau !!
Jika anda benar-benar serius untuk memiliki buku ini, buatlah tempahan sekarang. Jika masih berkira-kira, usah terlalu lama kerana....
STOK BUKU TERHAD
KLIK SEKARANG
neurotahfiz.
Privacy Policy | Terms and Conditions | © 2020 Ibrah Center